Penerbitan Penunggang Agama 2

Dalam satu sesi temubual filem Penunggang Agama 2 bersama media, Syafiq berkata beliau berdepan cabaran baharu dalam filem ini apabila menampilkan elemen berlainan agama.[3]

"Untuk Penunggang Agama 2, walaupun ia filem berskala kecil, saya harus tunjukkan kelainan. Jadi, untuk sekuel filem Penunggang Agama ini, saya ketengahkan elemen berlainan agama. Malah, saya belum nampak lagi dalam filem kita. Diakui, ia agak mencabar tapi perlu berhati-hati. Saya minta juga pendapat ustaz dari perspektif Islam. Bagi agama Kristian, saya bercerita situasi jalan cerita dan dapatkan kebenaran paderi di gereja di Cameron Highlands tempat kami menjalani penggambaran,"[3]

Untuk penceritaan dan skrip, Syafiq memutuskan untuk tidak membuat lebih terperinci mengenai agama dan kitab, namun lebih kepada visual. Menurutnya, hanya dua dialog sahaja telah dipotong.[3] Bagi mengelakkan risiko luar jangkaan, Syafiq meminta pandangan pihak agamawan seperti ustaz dan paderi sebelum meneruskan penggambaran.[4]

Zul Ariffin kembali menjayakan watak sebagai Amir, beliau mengakui watak dan tema penunggang agama dalam filem ini wujud dan ramai yang seperti itu dalam kehidupan sekarang. Zul berkata, ramai yang bertemu dengan golongan seperti itu sekurang-kurangnya sekali seminggu.[5][6] Beliau turut mendedahkan mengalami hipertensi semasa menjalani penggambaran.[7] Tony Eusoff memegang watak sebagai Father Michael, seorang paderi yang bertugas di sebuah gereja di Cameron Highlands, Father Michael.[8]

Rujukan

WikiPedia: Penunggang Agama 2 http://www.imdb.com/title/tt15689598/ https://www.astroawani.com/berita-hiburan/tony-eus... https://www.budiey.com/filem-penunggang-agama-2-ba... https://gempak.com/berita-terkini/konflik-agama-de... https://himpunanceritalawak.com/2021/10/13/trailer... https://www.malaysiakini.com/hiburan/595300 https://www.malaysiakini.com/hiburan/595545 https://www.hmetro.com.my/rap/2021/10/765847/cabar... https://www.hmetro.com.my/rap/2021/10/765924/sekar... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/10...